Thursday 31 October 2013

Cina kulit gelap..

Aku ni sejak kerja kat company China ni kebanyakkan orang mesti tanya u cina ker?hai apa nampak cina sangat ker aku ni..terus tengok cermin untuk confirmkan betul ker macam cina??tengok cam xder pun..

K sebenarnya bukan aje kat office ni rata-rata kat luar pun orang akan tanya ada mix chinese ker?cam contoh ada bangla tu ask are you mixed chinese?i said no i pure malay.Sama juga if aku pergi salon rambut indonesia gurl pun tanya awk orang sini ka?sebab dia ingat aku ni either from sabah or thai..time tu tiba2 ada rase bangga r kejap.

Sebenarnya bab2 ni memang orang confius since aku sekolah lagi..paling kelakar bila masuk kedai cina terus sales tu cakap cina dengan aku...hahah mak aku cakap masa aku baru lahir mata aku sepet sangat kebetulan kat ward masa mak aku bersalin dulu katil sebelah cina dan mak aku menyangka yang aku ni tertukar anak cina.dan orang cina tu rasa macam yang aku ni anak dia.and masa aku kecik mak aku selalu ejek and usik aku yang aku dia bukan anak dia nurse tertukar anak gan cina katil sebelah pastu aku pun meraung dan menangis..yelah kot masa kecik kalau orang tipu pun kita rasa betu2l..sungguh kejam mak aku memainkan dan menguriskan perasaan ketika aku kanak2..

hahah itu la dia "AKU" cina kulit gelap..tapi kan sebenarnya aku ni macam ada chemistry gan orang cina nak tahu why?masa aku form 4 and 5 aku leh plak dapat kelas yang majority cina hanya 4 student malay termasuk aku dalam kelas 4A4 & 5A4 tu..pehh memang bosan sikit r coz dorang pun banyak beborak sesama sendiri dengan bahasa chinese..wa tak aham baik wa tidur lagi syoikk..

Pastu after aku graduated 1st company aku dapat pun gan cina cuma 2 pekerja melayu as clerk then cleaner sorang 2 driver..lain2 semua chinpohcin la...and sekarang aku keje pun aku sorang jer yang melayu tunggal kat office..boleh jer idup.Sebenarnya kan dari pemerhatian aku la kan sepanjang aku banyak attent interview espeacilly in Malaysia ni most of company memang company cina,aku senang dapat keje gan orang cina tu cuma aku jer tak nak...dulu keje kat superpages pon company cina yang melayu ada 5 kerat jer tapi aku xtak keje lama coz noring and gaji sikit then aku dapat offer kat petronas carigali.

Pada aku la memang bosan keje coz xde kawan tapi ada sesetengah orang cina ni sikap dorang pun sangat polited.So far pada aku bahagian account yang always busy ni dorang sangat baik2 dan tak ada masa nak bzbody sangat la berbanding department lain yang tak suka tengok kita senang.Aku selalu teringat staff kat Tenaga Tiub Sdn Bhd Ms Leong,Ms Ong and Ms Lai yang kecik molek tu dorang sangat baik rindu kat dia.

Ni plak pasal guys yang syoik sama aku..masa kat Plkn ada satu mamat cina ni tak silap aku nama dia Cheong dia minat kat aku tu..huhu tu pun kawan melayu dia yang bagitahu,tapi wa tak layan lol sebabnya...dia..tak...hensom..huhu memilih rupanya aku ni.Lagi satu masa aku study kat kolej selalu naik bas pergi kolej ada satu mamat cina ni dia konductor bas metro memang selalu terserempak gan dia ada satu hari tu dia boleh plak nak mengorat aku minta no.tel,aku macam serba salah time nak bagi ke tak sebab aku selalu jumpa and bertegur dengan dia nak tak nak aku bagi la juga.hari2 call aku and siap beli kan topup kat aku..tapi akhirnya aku pun cakap aku dah ada boyfriend so sejak tu dia dah tak kaco aku...huss lega
And the last mamat cina yang suka kat aku ialah masa time aku tengah "panas" yang selalu layan club malam time tu aku join satu besday party kat rum jungle pastu ada lelaki cina yang memang ada kat party tu nak berkenalan and minta no.tel disebabkan dia pun member aku punya member so nak tak aku bagi la gak no tel aku.Tapi dia handsome sangat aku pun suka gak tapi aku tak nak layan dia atas tujuan keselamatan diri sebab dia tu bonzer club ada tatoo takut ma..lagi pun dia cam nak wat aku ni stock poya2 dia jer..last aku contact dia sebab dia ajak aku layan cd kat umah dia...perhh ada makna...so memang terus aku lost contact..tak dapat la der walaupun ko handsome bangat tapi wa bukan jenis perempuan cheap k...

hahah pic time persalinan baju kahwin

gong xi fa chai..sini bagi angpow

cakkk tengok tangan itam jer


Tuesday 29 October 2013

Mengalami Gangguan Tidur

Aku ni tak tahu la apa masalah aku sebenarnya..selalu terganggu bila time tidur selalu rasa cam bila dah tidur pastu rasa macam ada bende yang bergerak-gerak kat bawah kulit rasa macam bebola api berpusing-pusing atas kepala sakit giler bila aku baca ayat-ayat suci al-quran dalam minda tak tahu la antara separa sedar atau tak tapi rasa macam tak sedar tapi merasai keadaan yang berlaku..susah nak cakap contoh macam ko masih tidur bila benda tu datang menganggu ko nak bangunkan diri tak boleh macam susah nak sedar dari mimpi tu..hiss tak faham kan aku nak explaint pun susah ala macam orang tidur kena tindih hantu orang kata sampai tak boleh bergerak atau bangun tapi kes aku bukan kena tindih tapi benda bergerak atas kepala sampai aku tak boleh bangun dan begerak...

hiss benda apa tu yea...sampai sekarang pun aku tak faham dan tak boleh tafsir dah 14 tahun aku alaminya.dia tak selalu berlaku kadang-kadang la..time2 kalau sehari tu aku terover tidur bila nak tidur tak boleh coz tak berapa mengantuk then bila dah dapat tidur terus kena..lagi time2 kalau aku pergi somewhere yang ada hutan ke,paling aku ingat la time bila pas subuh kalau bangun nak tidur balik pasti terkena,..pelik pelik kalau tertidur time maghrib memang pantang la wajib kena.

so selalu pesan kat suami if tertidur time maghrib tolong kejutkan takut malam mengigau...tetapi kitaorang selalu berang sesama sendiri coz aku ni yang liat nak bangun...babe time tu la time paling heaven nak tidur and mata bapak berat nak celik..pastu kena sound "awak tak bangun nanti malam mengigau jangan kejut saya"...huhu tak kira kejut juga nanti..disebabkan setan yang dah bergayut kat mata tu banyak sangat maka di hati seperti menrelakan diri di mengigaukan nanti...aku pasti mampu melawannya kononnya.memang aku pasti boleh melawannya tapi last jiwa yang terseksa menanggung sakit dan ketakutan sampai tidur kena gengam tangan suami kuat2 and cakar2badan dia minta tolong kalau terkena tak boleh bangun.


Privilege Standard Chartered JustOne

Yeah yeah nak buka lagi acc bank...nak tambah lagi biar banyak biar semua bank kat Malaysia ni aku ada RHB,MAYBANK,CIMB,PUBLIC BANK apa lagi Bank Muamalat pun ada tapi semuanya dah lupa password coz terrlampau banyak sangat account dah memang tak boleh nak memerize apa di punya password lagi2 dah 2 tahun tak cucuk duit dalam account pun da "0" account pun semua dan inactive..huhu tapi account cimb and public bank suami  memang aku forever ingat apa dia punya no pin siap online banking cimbclick and PB punya id/password pun aku tahu padahal suami pun tak ingat..huhuha Nak buat camner aku kan financial dia memang wajib r kena monitor duit keluar masuk dia..dan termasuk duit yang nak aku keluarkan untuk shoping online huhuhu...siap aku tolong dia sign up paypal lagi..


.Kali ni dapat yang lagi standard dari Bank Standard Chartered memang class selalunya company prepare surat kita ke bank bayar RM20 untuk buat account bank tapi dengan Bank Standard Chartered if applicant more that 3 people want to apply they staff come to our office and asisst u.So di sini lebih menjimatkan tak perlu buang masa dan duit untuk ke bank.Dan yang bestnya layanan staff bank tu tiptop explaination clear woloupun sedikit kelajuan 20mbps cina tu bercakap.

Meh i cerita sikit apa yang di explaint kan oleh Staff bank tadi tu yang bernama Fare itu,dia cakap nama pakej itu Justone terdiri daripada current and saving account.Biasanya untuk buka account dengan Standard Chartered gaji mesti starting RM1500 dan ke atas dimana untuk current account boleh keluar ke mana2 local bank tapi meps free of charge..heheh untung2 di situ sebab biasa kalau bank lain contoh dr cimb nak keluar duit mengunakan RHB biasa kan kena tolak RM1 tapi dengan Standard Chartered ianya percuma.Patut la aku jarang nampak atm Standard Chartered.For the one time usage normally bank akan deducted RM1 untuk hsbc dan lain-lain RM4 pastu on the next months dia akan refurnable yang kena deduction tu.Lain dari tu sama juga macam bank-bank lain internet banking,Atm/debitcard dan android user can download application 'Breeze Malaysia'.K yang lebih istimewanya adalah tentang saving dia iaitu if korang save duit dalam saving dia korang akan dapat interest sebanyak 1.25% EVERY MONTHS tau..banyak tu..asb pun every years...Best kan!! best kan!! dan lagi best bila time isi form cina tu tanya "ada berapa anak"?macam "tak percaya la ada 2 anak"..

tengok kat kad ada nama k!!cam kad kredit la kunon
just 3 day card disender by courier



 k ni aje info yang aku tahu pasal bank ini kalau korang nak tau lebih banyak leh lah lawat lawan sesawang mereka JustOne

Sekian tak sabar nak dapat card dari Standard Chartered by courier next weeks then can enjoy my 1st salary..hehe Alhamdullilah.

Mengintai mejenguk Blog Lama

Hushus cam tak percaya tapi harus lah percaya blog lama aku yang dah ku lupa ape dia punye id and password yang menyebabkan daku terpaksa buka ini belog baru lol.dia punya pageview dah 31386...pechhh boleh tahan since 2011 kot now dah 2 tahun lebih..

Kehkeh bila baca blog https://manjesayangkamu.blogspot.com malu kot aku macam kelakar pun ada...pehh mng aku rasa diri aku sungguh over nak mampus..biar la belog tu menjadi kenangan poyos aku dulu2..sekarang perlu focus dan beri yang terbaik untuk blog aku yang sekarang ni..tapi blog pada aku ada sweet nya tersendiri contoh dapat throwback pic2 lama serta info2 resipi masakan aku.

kalau ada yang tahu sila abaikan jangan baca..malu pada tuan punya blog dengan gambar2 lama yang hot bangat..gaya makeup dah kalah retis.pun ada..malu2 aku nak deleted k tapi apa kan daya id/password dah ku lupa...YA aku rasa malu gile kot..bila tengok pic lama aku...hummpp


Friday 25 October 2013

Bajet 2014..

Aku ni bab2 bajet 2014 ni kurang sikit dapat info tapi tadi ada baca ino kat Fb Najib Razak tapi macam berjela jer panjang dia...malas plak nak baca..tp just baca yang main point jer lah.Agak2 rakyat selangor dapat BRIM tak tahun depan??huhu aku ni penduduk negeri Selangor dengar khabar angin mengatakan Selangor yang bukan dibawah pemerintahan BN tak layak menerima BRIM..betul ka???huhu cam x best jer dengar ialah aku kan penduduk negeri Selangor nampak gaya cam kena pindah kot area KL.

Sudah la aku ni nak berangan dapat duit BRIM konon..padahal layak ker dapat??household yang income below RM3000 yang layak dapat kan???tapi macam aku ni tak layak dapat jer der...kalau la kan dia guna yang lama pun infomation pasti la aku dapat..kalau dia dah suh update baru sumpah sungguh memang kena rejected..huhu

Yang aku sangat lah liked dengan points pembentangan tersebut;  di antaranya ialah;

- Untuk penyakit buah pinggan mendapat rawatan percuma untuk hemodialisis.Supply Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis value dia 19 ribu seunit .So pesakit hanya buat rawatan sendiri di rumah
-Menambahkan pekerja jururawat
.Ini bagus coz kadang2 aku kesian tengok jururawat yang tak menang tangga and muka penat lagi kena marah dengan patient yang tak menyabar dan sekurang-kurangnya kekawan aku yang banyak gak la study nurse dapat govement job.
- Subsidi gula telah dimansuhkan sebanyak 34 sen..hehe coz terlampau banyak rakyat malaysia yang 30 above dapat diabetes.
- Voucher buku 1 Malaysia sebanyak RM250 utk pra-university dan IPT
- Household yang income below 4k dikecualikan income tax..aku??cam nak terkena income tax jer

ehhh ni jer info yang aku tahu so far..besok follow up balik coz aku pun dah nak balik keje..nampak gaya besok tahu ringkasan dia kat news paper la yea..


Menarik tentang China..

Sejak dah keje dengan International China company ni little bit info aku dah tahu la kan dari kekawan china aku ni..ok yeaa..kalau nak tahu la kan kat orang China hanya dibenarkan mempunyai anak hanya 1 orang sahaja..wahhh x best nya terlampau sikit sangat kalau 2 pun ok atleast ada kawan..if korang nak anak lebih korang kena bayar kat govement dorang.may be la kan coz negara terlampau padat dengan penduduk kot...xde ker dorang terfikir apa terjadi in future if dorang kekurangan tenaga pekerja??ntah lah may be govement dorang dah kaji kot..Then untuk muslim kat China lak,lelaki mereka hanya dibenarkan berpoligami 2 orang sahaja reasonnya i pun tak tahu coz myfrenz from China nama dia Yosuf plak yang tanya aku y r Malaysia man can married 4?ayoyo bukan islam allowed u to married 4 ka?Aku pun tak tahu nak jawab sebab tu depend on ur countries r kot.

Yang tak best tentang Negara China iaitu Public Holiday dorang sangat la terlampau sedikit...nak tahu ha berapa hari aje setahun...4 kali sahaja dapat Public Holiday dalam setahun...kasian patut r orang China kalau bolah tak nak duduk China..Kawan aku tu wondering giler kata dia time study kat Malaysia 1st time datang terus dapat public holiday then lepas sebulan ada lagi Public Holiday boleh di katakan most of every months ada Public Holiday...wahhh best kan Malaysia ini..cuti dan cuti dan cuti .Apa punya kedekut r goverment China ni semuanya kena sekat...anak,bini,cuti...

Lagi ha orang China ni sangat suka barang branded tetapi sangat suka menunjuk2..tu member local cina aku yang bagitahu la kan.Dorang ni la kan kalau boleh spek mata pun nak beli beribu2 pastu show off.Cam kita menang r suka barang branded tapi buat biasa2 jer xder r nak menunjuk atau nak cerita2 kat orang.Contoh yang menang aku sendiri nampak la aritu company ada order satu tempat duduk kecik jer tapi harga mahal RM749 bila ada satu local cina tu nak buang tag harga terus yang pure China tu kata tak payah..pehh betul2 nak menunjuk..tak penah dibuat lagi kat Malaysia ni duduk kerusi ada tag harga lagi...baru aku tahu yang dorang sangat la teruja dengan barang branded padahal dorang juga lah negara yang paling terkenal dengan menghasilkan barang tiruan..sampai telur pun boleh imitation dorang ni..makanan tu babe cant image la bertapa terror bab2 ciplak trend orang..paling kelakar yang penah dengar dara tiruan pun dorang boleh produce..hemm canggih kan.

Ni pula story pasal cara dorang bekerja pula,kalau in China dorang ni sangat straight kalau korang buat silap korang yang akan kena ganti or di penjara kan..Myfrenz Joyce r dia cakap bosses China tu cakap kalau u buat salah then u kena ganti si Joyce cakap i tak mahu la keje kalau macam ni so kalau nak lebih selamat kena sign approvel sampai 5 orang yang baru dapat approval dari finance untukjadi kerja tu jadi sedikit susah lah coz nak waiting orang ni waiting orang tu..Lagi satu kalau dorang marah sangat la polited so tak de la kita ni sakit hati dan tak pressure sangat.

So ini aje info yang aku tahu tentang China..menarik kan tapi dorang ni dah datang sini langsung dah tak nak duduk China balik aku pun tak tahu kenapa??

Jap2 before close story nak bagitahu lagi kan orang China ni kan stlyes dorang old cikit tak macam orang China Malaysia yang lebih stlye and lebih cun/handsome cikit kot.


Thursday 24 October 2013

Tatapan buat anak-anakku

babe..i just nak hidup happy wif my family..espeacially want to give happiness to both my baby.Nothing can make me happy..only my lovely2 baby boy Aiman & Anaqi..even his dad also cant give me as much love n happiness to my life...

Mereka membuat aku tersenyum dan merinduinya setiap masa..aku tak tahu kalau aku hidup tanpa mereka..Aku berharap dapat memberi kasih sayang yang sepenuhnya aku aku terlalu ingin sentiasa bersama dia anak aku setiap masa.

Mama sangat sayangkan kamu berdua  dan berharap kasih sayang ini tak akan putus hingga mati..jangan ada yang memisahkan kasih dan sayang mama walaupun kalau suatu hari nanti jika mama tiada jodoh dengan ayah kamu mama tetap mahu mengasihi kamu sehingga akhir hayat mama.Mama berharap walau kamu dah dewasa berkahwin dan punyai anak nanti mama tetap mahu menyayangi kamu seperti mana sekarang mama meyayangi kamu..mama tak mahu berubah kasih sayang ini...

entry tiba2 terindukan anak time kerja...sobsob -_ - rasa nak balik sekarang..

Wednesday 23 October 2013

Tiada kah ada manusia yang benar ikhlas??

Aku sebenarnya tengah pedih sangat ni..tak terkata pedih nya rasa cam nak lari pergi tinggalkan semuanya.namun ia bukan mudah,lari itu bererti lari dari masalah..K aku akan ambik jalan penyelesaian..k aku cuba bersabar tapi aku masih berapi panas dan membara...YaAllah tenangkan lah hati ini..kenapa lah banyak sangat masalah menimpa aku???sedangkan aku tak buat salah tapi disebabkan salah orang lain aku seperti terlibat!!!....benci dia kerana banyak melibatkan aku dalam setiap masalah kerana buruk dia aku pun orang nampak buruk..

Rasa cam orang bodoh tapi aku tak mampu menghalangnya..pengalaman hidup ini mengajar aku yang manusia ni mng tak perfect walaupun aku rasa orang itu terlalu baik tapi sebenarnya dia bukan yang terbaik.Belum pernah dalam hidup ni jumpa manusia yang 80% baik.aku cuba cari tapi aku tak jumpa lagi..mng that it tak ada manusia yang betul2 baik dalam hidup aku ini...included 'me' i admitted.

Apa yang aku jumpa dalam hidup aku ialah banyaknya manusia 'HIPOKRIT' iaitu mng baik nampak sifatnya tetapi belakang2 sangat tajam katanya..Xde istilah dalam dunia pertolongan 'percuma'..kalau percuma bermaksud 'menyusahkan' k harap faham maksud tersebut.Memang aku sekarang diuji dengan sedikit kesusahan dan amat memerlukan sedikit pertolongan...tapi aku rasa akhirnya pertolongan itu adalah satu bebanan kepada orang yang menolong itu.K aku faham kalau ko berterus terang yang ko tak mampu menolong k that it aku cuba faham tapi jangan cakap boleh sebab nak ambik hati aku tapi dibelakang aku ko merungut bagai..aku xboleh baca tau apa di hati ko!!!klo ko rasa xnak mengecilkan hati aku pandai2 la kencing bagi alasan yang boleh buat aku faham ataupun lebih bagus ko berterus terang cth kata tak boleh coz 'aku penat ke' ada 'kerja ker'..kan simple

ini tak semuanya boleh..ok..xder hal last2 belakang merungut eeiii sangat tak suka r orang macam tu.Aku sebenarnya jarang nak minta tolong kat orang selalu nya aku suka berusaha sendiri tapi kadang2 ada masa terpaksa kan kan...The moral of story "aku kalau boleh pasni nak mengelak diri dari meminta pertolongan dari orang if itu berlaku means dat aku telah menyusahkan orang"..biar aku susah kan laki aku lagi boguss..

Sesungguhnya dalam dunia ini tiada yang percuma dan tiada istilah pertolongan ikhlas tak kira ko kawan ker keluarga ker its "all about money".Tiada hati yang betul2 ikhlas suci dan murni dan tiada siapa yang sanggup bersusah tanpa ada ganjarannya..


Hidup senang tanpa usaha

Hari ini nak bermotivasi terhadap diri sendiri agar hati ini dpt disenangkan dari kepedihan.

Setiap manusia ada takdir yang berbeza ada yang hidup senang tanpa usaha dan doa dan ada yang hidup susah walaupun dah berusaha dan berdoa..nasib sesorang boleh berubah seperti di kehendaki Allah swt mungkin hari ini dia hidup senang mana tahu esok lusa Allah swt akan beri kesusahan...Jangan ingat kita sentiasa susah dan sentiasa senang..jangan riak kalau diberi kesenangan dan jangan putus atas jika sentiasa di beri kesusahan...Allah itu maha adil dan sentiasa lah bersabar sekiranya diberi ujian.

---keep it up-----dont ever ever give up n prayer to Allah swt----


Tuesday 22 October 2013

Perkembangan bayi 1 ke 4 bulan.

Bosan2 xde citer meh aku citer info pasal perkembangan bayi contoh perkembangan anak aku sendiri la anaqi.Sekarang Anaqi dah 4 bulan genap extra sehari jer la hari ni.

K apa yang aku tahu lah base on anak sendiri punya experince 1st to 2nd weeks baby hanya tahu tidur sepanjang hari bangun pun coz nak minum susu dan salin pampes memang bunyi bising ker terang ke gelap dia memang wat bodoh jer tahu tidur jer almost 24 hours per day..tetapi after 2 weeks dia dah kenal bunyi bising dah tau suhu panas ke sejuk dah mula nak meragam contoh nak tidur pun dah start nak guna boyan (buaian )atau pun ada setengah orang dah start nak bagi puting coz time ni dia dah pandai nak wat hal..Dalam sebulan dua tu nak tidur guna boyan ok lagi letak jer henjut terus tido bila masuk 3 bulan dah pandai xmo tidur boyan lagi dah mula marah bila kita masukkan dia dalam boyan...pening gak kepala aku bila dia dah meragam boyan xmo puting xmo dukung pun x mo last2 body pun dah penat hummpp baby dah mengantuk tapi tak dpt feel cantik nak tidur macam cara kena wat supaya dia dapat tidur yang enak..mng kritikal lah time ni kena banyak bersabar..becoz baby dalam tempoh ni 2-4 bulan ni agak cerewet coz di baru nak adapt dengan suasana baru..so perlukan sokongan suami dalam membantu meredakan emosi si bayi kita yea....para bapa2 sekian kerjasama anda amat di perlukan coz mummy pun perlukan rehat dan tenaga xkan bila baby merengek semua nak campak kat si ibu..itu adalah contoh anak aku memang baby susah cikit agak cerewet mungkin anak orang lain memang lebih senang nak jaga..

2 Bulan
Sejak lahir memang dah ajar Anaqi minum susu badan + susu formula..Alhamdullilah coz dia nak and pandai hisap susu botol akan tetapi masuk jer 2 bulan lebih dia dah pandai memilih tak mahu puting botol nak puting ori..cehh penat aku trained dia tapi since dah kerja nak tak nak dia hisap juga.So tang ni si ibu perlu berjaga2 coz base on my friends and relative experince most of baby dorang tak mahu hisap botol.Last2 ada yang terpaksa berhenti kerja la coz anak dia langsung xnak hisap susu botol sebab baby dah pandai memilih puting dia lebih prefer untuk puting ibu dari puting tiruan.So bila baby mula menolak hisap botol cepat-cepat lah berhenti dari memberi susu badan sementara maksudnya bukan behenti beri susu badan tapi perlu lah pam susu badan dan masukkan ke dalam susu botol.

Sumpah tak tipu dah banyak terjadi yang baby langsung xtak botol contoh aku sendiri masa 1st baby aiman menang menolak utk hisap susu botol walaupun dah tukar macam2 puting even puting mahal yang bentuk dia cam puting ibu tomme tippe tu pun dia xnak.Susu pun dah tukar macam2 tapi membazir buang camtu aje.Last2 dah malas terpaksa pasrah bila baby juz minum susu gantung.Lain2 cousin aku boy memang until now anak dia dah 2 tahun lebih pun meyusu badan nasib mak berniaga boleh la lari2 bagi susu badan terbaru anak sepupu aku jeny pun bini terpaksa berhenti kerja.Kawan aku Amy lak pun sama dalam masa dia tengah pantang baby dia langsung tak nak isap botol last2 dah kena hantar nursery dah betul2 lapar baru nak botol juga tu kira ok lagi adik ipar aku punya anak sampaikan bini dia terpaksa berhenti kerja coz cuba sebulan kerja after pantang tapi dalam tempoh sebulan tu pun anak dia langsung tak nak botol terpaksa bagi pakai sudu bila lapar..

humpp so si ibu2 perlu berhati2 ada satu tempoh tu kita perlu henti kan seketika menyusu secara langsung melalui badan perlu pam susu dan beri botol.Bila dia dah boleh adapt dengan puting botol baru boleh bagi baby isap susu badan.Sebab bagi susu botol dan badan dia lain tau feel dia kita akan rasa lebih memberi kasih sayang pada baby bila beri susu secara langsung melalui badan..

3 Bulan
Bila dah masuk tempoh ni aku tengok Anaqi dah start pandai senyum2 bila orang mengajah dia dan mula nak ketawa sikit2.Selain dari tu dia dah pandai pusing kan badan dan menarap tapi kejap2 jer lah coz bila lama2 dia dah mengah.Then dalam 3 bulan lebih nak masuk 4 bulan dah start nak capai dan pegang benda.Lagi satu dia sangat alert dengan bunyi bising kalau tengah tidur mudah terjaga kalau ada terbunyi bising..Selalunya abang dia r suka buat bising adik pun mengamuk kalo tido terganggu aku hangin jer gan Aiman kalau dia memekak time Anaqi tidur.

4 Bulan
Today Anaqi just 4 months 1 hari bulan ni xde injection..So tak nampak lagi apa progress ni tapi 2-3 hari sebelum dah pandai ketawa megekek2 lak bila aku dok mengajah2 dia.

Ini saje info untuk entry kali ni next time aku akan create lagi coz kena lalui dahulu pengalaman seterusnya then baru boleh cerita..k see u then

Sunday 20 October 2013

translator tak berprefossional

Start on today aku akan menjadi pengajar kepada satu orang pekerja cina yang nak belajar bahasa melayu.Mr Richard one of staff from china nak aku ajar dia correct pronouce in malay setiap lunch hour.Mula nya aku rasa janggal kot coz dia ajak lunch dengan dia everday dekat food court c block aduhh rasa lain macam coz kenapa tak food court yang biasa kitaorang makan kepala otak pikir bukan2.Katanya dia akan bayar aku every week tapi aku tak pe kalau nak ajar tak perlu bayar.So arini dia bawa buku then dia cakap aku pun ajar dia sebutan yang betul.

Bagus la orang china ni sanggup nak belajar bahasa melayu bila aku tanya kenapa tak ambik kelas dia kata dia nak belajar sendiri lagi senang and cepat.Macam big bos aku Mr Robin and Ms Ma dia ambik class malay..Aku pun tak faham kenapa dorang ni beria sangat nak belajar bahasa melayu just bahasa inggeris pun dah ok coz kat malaysia ni most of business in english wat...hummp biar kan lah...pak arab bakal abang ipar aku ni pun dah banyak tahun duduk malaysia pun tak pandai cakap melayu lagi awek melayu..hampess..

Thursday 17 October 2013

The Famous Amous Company Construction In China

Ni nak story about my company yang aku tengah keje sekarang.Nama x boleh mention sangat lah private & Confidential coz sekali tiap nama company kat google habis blog aku kena view worldwide..karang salah tulis artikel aku lak yang kena banned ke saman ke..hancur mane tau staff ke boss kat company aku ada terview baca pasal blog aku habis dorg tau pasal aku.so terpaksa la kan demi reputasi nama baik aku.

Company aku owned by China ltd memang sangat lah famous and established company in China one of construction company yang nama nya seangkatan dengan nama-nama cam MMC-Gamuda dan sebagainya.Dia pun overseas site project ada merata-rata seluruh dunia so far ada 8 negera.Bisness dia buat bangunan,kondominium dan sebagainya.So far the biggest project dia yang ada kat Malaysia ni buat kondominium kat Mont Kiara value  dia lebih kurang 125 milion tak silap aku and lagi satu kat Tropicana 100 lebih milion gak lak..ni pun aku tahu sebab aritu baca company profile..tp tak tahu tau details coz aku baca pun sekali imbas jer nak cepat nak tanya tapi tengok semua staff like a busy.Peghhh untungnya million klo nak di comparekan gan gaji aku..huhuh nyesal tak demand time interview aritu.

Yang terhebatnya dalam office(main office) ni aku aje satu-satu nya melayu tunggal yang bekerja..lain dari tu despacth,driver dan pekerja melayu tapi dorang kat site office aje.Ada 6 orang local china dan selebihnya international china termasuklah bosses dia..Aku tak kisah pun yang penting gaji mahal and dorang tak kacau kerja aku..(main internet 8hour/day)( ^_-)

What make me proud to them (International China) is dorang sekarang tengah learning Bahasa Malaysia.Dorang nak sangat speaking more in Bahasa then english.English dorang pun fair jer x terror sangat terrror lagi aku..kadang2 klo berborak dengan dorang in english rasa cam english slang chinese klo aku tak faham aku buat2 faham jer lah..paling kelakar ckp cm orang bisu guna tangan signal..dorg jarang berborak juz senyam jer klo jumpe yealah dorg nak communicate pun susah..so far ok aku suka bkawan gan org international china dia sangat peramah and tak kacau keje aku and tak sombong.

Ni adalah pengalaman ke 2 aku berkerja dengan foreigner before kat carigali alliance dengan syarikat schlumberger pun most of worker from worldwide.Menang selalu dapat company yang kena kerja dengan professional overseas people..macam sign jer mentang2 la aku ni feeling2 nak kerja and living in oversea.InsyaAllah..Amin moga2 terkabul.










Wednesday 16 October 2013

Sambutan Raya Qurban

This year cam years2 yang lain juga sambutan yang serdahana jer..last years sambut kat rumah ayah kat Hulu Langat dapat tengok secara live lembu-lembut kena korban kena potong kepala,daging still begerak walaupun dah kerat 100 potong tapi kali ni tak xde masa nak g tengok coz ada baby susah ckit lagi pun setakat kat sunway ni xde feel nak g mana2..so juz beraya umah mak teh and umah abang aku jer kat sungai besi disamping melawat anak buah baru lahir..

semalam penat giler masak nasi ayam..sorang2 lak wat pulak tu at the same time kena jaga anak lagi sampai penat yang dah x boleh blah rase nak termuntah bagai..Baju raya anak pakai baju masa raya aritu so mak pun wajib follow theme royal blue..

Nasi Ayam cepat jer habis nasib cukup

Family potret tapi anaqi tido

Botak macho wit baju melayu

Selamat hari raya korban

Aiman pakai baju melayu hanya 10 minit
pastu baju dah kotor

mak dan ayah

melawat baby newborn anak buah

nama x tau lagi nak panggil apa

ni newborn yang da makin besar

anak buah lagi

ni anak sendiri body sentiasa panas

Thursday 10 October 2013

My work station is my entertaiment station

Hola My workstation sangat la cantik and class..bcoz walls dia semua cermin yang boleh nampak other office.Lau tengok bawah mng gayat.So far my table no pc kesian lol 1st keje xde pc tp dunt worry akan ada coming soon coz dis company baru pindah 100% tak fully complete n signboard company pun x pasang lagi.Hope pantas2 la mereka provide pc to me coz aku dah malas nak jinjing my own laptop everyday.

Kerja aku buat masa ni hanya dok menghadap laptop and melayari internet..xder keje langsung da rasa cam makan gaji buta yang di bayar Rm8 sejam kerja 8 jam sehari seminggu 5 kali...bayangkan lah untung tak untung aku skrg ni..tp jgn gembira sangat mane tau pasni dpt bnyk keje pstu malas2 tehn cabut..amoi jgn bagi i keje banyak nti i merajuk u all gak yang susah coz i ni pekerja yang berkaliber tau..

Meja mesti nampak banyak benda baru
nampak cam banyak keje

At front Office

Humpp itu lah rutin aku sebagai recp + Admin Assis.Sebenarnya nak apply receptionist jer xnk cum admin coz xnak wat keje lain nak angkat phone and transfer jer tp bila dapat offer letter ada lak cum admin assist.coii tol.aku baru nak keje yang relax2 jer xnak pening2 wat keje...Yelah nok dah bertahun tak keje rasa cam dah hilang semua skill2 aku dah rasa cam fresh graduated..serius nak fax pun x reti hehe..

Menara Bata Building is My Office

1st day work at ...??p&c company such a 3 years be housewife..my office location at Menara Bata kalo dari The Curve nak ke Penchala link tol tu akan nampak r Tower tu sebelah dengan Menara Mustafa Kamal,LHDN and Gamuda.Sebelum ni tengok tepi jalan n berkata dalam hati wahh kaya nya mustafa kamal ni ada tower sendiri and now dah dapat keje gan same building dengan dia.So Proud!!wlopun bukan keje gan company Mustafa Kamal tapi company aku pun taraf2 dia gak la cuma x femes kat Malaysia ni coz dia established company in China lol.

My 1st expression on this building..hummpp feeling glad wonder and scare u know y my building look so scary design ma..cm pembinaan yang tergendala lak aku tgk dah la sebelah hutan and ada bukit pastu kat entrance dia ada banyak pokok2.Structure design dia berkonsepkan an eclectic experiment.yang akan nampak cam tak siap iaitu ada separuh part walls dia tak di simen dan di cat hanya nampak batu-bata,then floor dia x menggunakan tiles juz attach simen semata2.sgt jimat kos bangunan krn most o the material hanya guna simen dan besi2..Lebih menyeramkan koridor dia hanya besi yang rendah paras2 pinggan aku sekali kena tolak gerenti jatuh bawah lol.Bayangkan la im in 16 floor minta di jauhkan dari koridor yang gayat tu.Lagi satu yang lebih scary ada part yang floor koridor dia hanya guna besi cam jaring2 yang boleh nampak bawah..omg bapak gayat lol xmo aku pijak situ...

Depan tu office Mustafa Kamal tgk floor dia hanya
guna simen jer

Floor koridor dia yang boleh nampak bawah

Pintu masuk office aku tgk wall dia sebelah tak bercat
dan sebelah tak bersimen
The nice part yang paling aku suka ialah satu tempat untuk relax2 or smoking area dia mng cantik but nak ke sana kena lalu kat floor koridor yang jaring2 tu..view dia facing Soho 2 Tower and hill..cantik sangat aman dan damai..dan kerusi dia buat cam sofa tapi diperbuat dr besi..bapak cut cost.

Ruang istirehat 

smoking area punya seat

smoking area punya view facing Soho 2

Main Lobby yang outdoor

Ada berani nak lalu kat karidor ni!!

Aritu after work on 6.30pm saje jer la nak naik tingkat paling atas nak tengok coz from my window cam nampak ada taman kat top level dia so aku pun exited nak g tgk whole office dah close bapak suasana seram giler sunyi,gelap dan kosong apa lagi cepat2 jalan trus turun balik..mng scary kot klo dah petang org smua blik..cm kawasan rumah kosong suasana dia.


Bata Sales Oct 2013

Memandangkan aku bekerja di Menara Bata kat ground floor office aku Bata ada buat wholesales clearance stock untuk all branded shoes from Bata..So aku pun borong juga tapi tak banyak coz menang dah banyak kasut.Dpt la beli satu kasut Primavera dari harga RM129 dpt RM... cer teka???jengjeng jangan x pecaya and jangan jelous aku dapat hanya RM10 tu pun sebab last pair..huhu rezeki2 n beli satu kasut sport untuk Aiman.

So sape-sape peminat kasut Bata boleh la datang cepat sementara ada lagi sales ni.Sales starts bermula 27 September until 13 October 2013,dari pukul 10 pagi sampai 8 malam bertempat di Menara Bata,PJ Trade Centre Jalan PJU 8/8A,Bandar Damansara Perdana...Landmark dia klo dari Ikea/The curve tu then terus ke Pencala link highway akan nampak Menara Mustafa Kamal sebelah tu la Menara Bata tp sebelum tu masuk kiri jangan terlepas straight ke flyover lak.

Selain dari jenama Bata ada lagi jenama lain cam Primavera,Marie Claire dan lain2 yang aku x berapa ingat. ada kasut untuk lelaki,perempuan,kanak-kanak dan mak2 yang tengah nak cari kasut sekolah baru untuk anak-anak pada tahun depan boleh la beli sekarang coz harga dia murah2 aje RM15.Jadi cepat2 lah datang yea coz Bata tu kasut jenama terkenal dah lah harga sebenar dia mahal sebab Bata adalah kasut yang sangat qualiti dan tahan lama.I luv Bata..coz kasut dia sangat comfort dan tahan lama serta design yang simple.

Paling best ada kasut yang dijual dengan harga semurah RM5 dari Marie Claire tu nookk kelasss..aku nak beli tapi xde size sungguh kecewa cantik tu nokk.

lailailai bfore yang cantik hbis

Kenangan holiday dia Avilion Port Dickson.


Sebenarnya kisah holiday ini berlaku pada last year tapi share gak sebab dia punyai keseronokkan yang dialami dalam hidup aku...perlu lah simpan kat sini utk tatapan masa depan..

Percutian mewah 4D3N hotel atas laut ni kat Avilion Port Dickson ni di sponsor oleh kakak ipar ku.Pasti la nak join untuk percutian mewah yang ditaja sape xnak bukan selalu..so aku mng disponsor habis makan minum tempat tinggal dan transpot..syokknya juz bawa body n baby jer..

Let pic talk everything scroll down please;

Entrance dia pun landscape

riang gembira dapat tido hotel

Hotel Kami

View dari jauh

Ketibaan VIP Terhormat

Swimming Pool kanak2

Merenung melihat keindahan pantai

Merenung melihat air swimming pool nak mandi tapi takut

Lagi swimming pool 

Bilik atas laut

toilet yang cantik giler rasa cam nak tido kat toilet jer coz
 dia open boleh nampak laut bila tengok bawah

Bersantai dgn botak

posing atas katil sebelum katil bersepah

view kat spa dia ni berada kat tengah2 laut

Si botak yang amat gembira krn dikelilingi laut

Seaview from our room facing to other resort

wif my sis

wif hubb kat farm

botak2 comel tak mandi tp hubb hudoh

segment bersama insan yang kepenatan

really  beautiful resort n nice view

Syg nak meninggal tempat ni

mandi2 swimming aiman so happy tp
cuak bila float terbalik n dia tengelam

mybotak look tired mlm2 mengamuk kena sampuk agaknya

baby playground indoor

Bersantai menikmati pemandangan