Tuesday 17 March 2015

Babies Blink macam serupa jer dengan Collagen Plus Vitamin E

Kali ni nak cerita sikit pasal pendapat aku tentang satu product skincare yang now tengah femes putih dalam masa 7 hari dan kesan seawal 24 jam iaitu Babies Blink 5 in 1 yang pengasas dia Lyanaz.
Memandang harga dan testimoni dia giler gempak boleh flawlesskan ,gebu serta putihkan  kulit disamping confirm selamat tak ada bahan mercury serta ada KKM maka aku pun terpengaruh la nak try...yelah memang time aku tgh sibuk2 dok cari skincare untuk kulit muka so survey punya survey fikir punya fikir masa tu ada gak search kat google pasal apa2 yang bad review pasal product ni tp time tu dalam last years December 2014 product pun baru lagi nak up so memang xde r bad2 review dari pengguna BB.So aku pun just try and error.

After beli n guna masa tu dalam december 2014.First time guna toner after cuci muka sumpah berangin nak mampus sampai pedih2 muka tapi nak cantik sgt kan ku teruskan jua setiap hari 2 kali siang n malam selama sebulan...wow hasilnye setelah masuk minggu ke 2...memang flawless gak lah kulit sebab ramai orang tertanya pakai apa...sampai kakak n sepupu serta member office pun teruja and order satu...laki aku siap cakap kulit awak dah licin la...kalau dulu nak keluar kena tempek compact powder now serius ak just apply day cream dia jer sebab dah ok sangat cam pakai bedak...Best giler time tu rasa kulit licin jer cerah jerawat pun xde..rasa cam suka sangat dengan BB ni and proud dengan Datin Lyanaz tu sebab mampu keluarkan product yang mampu milik dengan hasil yang memuaskan...

Tapi after sebulan itu aku stop pakai sebab dah nak abis set pertama aku so otw nak tunggu beli set baru...After stop tak sampai beberapa hari,ambik ko keluar semua atok nenek jerawat berpesta kat muka aku...masa tu masih positif thinking sebab ala maybe di sebabkan hormon berubah kot so aku pun just continue pakai la kan set baru aku tu....amboiii ko lagi pakai lagi havoc jerawat abis keluar semua cucu cicit,nenek moyang keluar sampai ke tepi2 dagu aku jerawat timbul..So aku pun decide stop sekejap dari memakai apa2 jua chemical product kat muka...

Tapi lama gak aku tunggu bila la jerawat aku nak pulih ni dah hampir sebulan tak elok2 lagi jerawat makin banyak bernanah jerawat pasir habis timbul...so terus decided tak nak guna terus product tu maybe product tu tak sesuai dengan kulit aku kot...tapi before aku decide nak stop aku ada pm kat FB Lyanaz tu tanya pendapat dia samada nak teruskan continue or better stop or apa2 advise...tapi x reply lak agak kecewa di situ sebab customer  concern and still nak pakai lagi..xpelah maybe dia sibuk dengan urusan nak promote product dia jer kan and malas nak care pasal isu2 cam aku ni.

Aku cam tak berapa puashati terus google lagi nak review pasal product ni maka terjumpa la aku kat satu blog ni http://duniasaya2001.blogspot.com/2014/04/babies-blink-pinkish-bahaya.html kalau baca kat part comment tu banyak pengguna yang alami masalah yang sama cam apa yang aku alami.

Paling ketara la aku rasa Babies Blink ni sumpah sama macam product Collagen Plus Vitamin E dari segi struktur, warna day and night Cream dia termasuklah bau dia...Aku cakap camtu sebab kebetulan cousin aku pernah pakai CPVE ni so aku pun try r comparekan betul ker tidak...serius sumpah memang sebijik 100%...ini bermakna BB macam re branding dari product CPVE la kan  tak tahu betul or tak cuma pendapat aku la kan xnak lah tuduh yang tak berasas ataupun maybe Lyanaz pun tak tahu agaknye product dia seakan CPVE tu  sebab sumpah sama giler tak tipu...tapi aku tak tahu la if CPVE cousin aku tu product dia ori ker tak or BB aku yang tak ori..tu aku tak tahu la kan.aku sendiri yang yakin punya ori sebab ada hologram and tengok warna cream aku sama jer cam ori.

Yang kecil product BB
Yang Besar product CPVE dengan mengguna camera I phone 5 tanpa flash

yang ni pun sama kecil BB botol besar CPVE dengan mengguna I phone 5 dgn flash


So sama kan kaler dia...apatah lagi bau 100 % sama gak...Ok sumpah photo dan product di atas adalah benar yang kecil dari BB dan yang besar dari CPVE aku tak nak wat dosa kering wat fitnah letak product lain.Apa yang aku tulis ni hanya la pandangan aku sahaja..kalau benar la apa yang aku cakap pada aku sangat la tak bagus dengan mengambil product orang lain then just repack and rebranding dengan nama product sendiri tapi disebabkan marketing dan promote kaw2 dgn ayat serta testimoni yang power terus product tu jadi meletups then ramai orang teruja nak try dengan bukan hasil dari ciptaan sendiri.Boleh nak wat camtu ramai jer peniagaan wat camtu tapi just make sure product adalah product yang bagus berkualiti dan selamat digunakan.Jangan la pulak ambik dari product yang dikatakan berbahaya.Ada juga dengar desas desus mengatakan product CPVE ini berbahaya.sangat tak bagus umpama seperti menipu orang sebab kesian kat cousin aku tu before dia pakai CPVE muka teruk rosak then tukar plak BB tengok sebijik sama gak cam beli benda yang sama...tak ke naya camtu..umpama keluar kandang harimau termasuk kandang harimau balik..

Aku tak kata product BB tak bagus sebab kakak aku still pakai product ni and nak masuk set kedua tapi sebabkan at the same times kakak aku tgh consume K-Kolly so aku tak dapat detect lagi la if product BB serasi or tak dengan dia so tunggu jer camner result dia lagi afew months.Setiap orang kulit berbeza2 ada yang guna ok dan ada yang guna tak ok...betul tak...contoh SKII nampak sangat bagus mahal tapi tak semua orang ok menggunakannya...Lain orang lain kesannya.Tapi tak per sekiranya product bagus insyallah tetap akan mendapat sambutan yang bagus dan berterusan.

Apa2 pun terpulang pada pandangan masing2 ni pandangan aku jer sebagai orang yang pernah menggunakan product tu n product memang tak sesuai dengan kulit aku n the main story ialah nak gtau product Babies Blink 5 in 1 seakan sama seperti product CPVE...tu jer...

Aku berharap sangat golongan bumiputera dapat menghasilkan product yang bagus berkualiti serta dapat memberikan kesan yang efektif dengan harga yang berpatutan dan juga mampu bertahan dalam marketing perniagaan sendiri.

Aku berbangga dengan Lyanaz muda lagi tapi dah berjaya hasilkan product sendiri lagi mampu membeli kereta mewah lambho dan sebagainya hasil dari usaha sendiri serta dapat pakai beg mahal2...aku berharap agar hasil kekayaan yang dia perolehi adalah daripada rezeki yang berkat dari penghasilkan product sangat bermaanfaat kepada semua orang.

Sekian...habis sudah luahan hati ini..








Wednesday 4 March 2015

Kenduri dan berkelah..

Assalammualaikum Semua Ku Ucapkan.....

Story last weekend yang lalu...
Saya dan keluarga kena pergi kenduri kahwin di Bandar Baru Sungai Long..Anak kawan mak saya berkahwin pada hari tersebut...makan2 nasi minyak mesti kena pergi sebab nak dapatkan gift door and nak rembat coklat banyak2 kat candy booth..n nak makan bubur kacang serta air cendol...
So suka pergi kenduri kahwin sebab macam2 boleh makan secara percuma tapi jangan lupa bagi duit salam or hadiah kepada pengantin..

mari la kita melayan pic2 orang yang kebulur tak breakfast terus serbu kenduri kawin orang pastu makan dengan pelahapnya...hanya aku jer makan dengan penuh sopan dan santun tetapi penuh kenafsuaan..


OTW ke Sungai Long



Pengantin Bersanding
Tengok semua makan tak pandang camera
candid jer la ntah sape2 janji ada muka family meyelit

 
Kurma mahal tu dia bg

horeyy dpt gift door as VIP sepecial


boleh wat balang kuih raya

Lepas dah kenyang tak tunggu lama terus cabut sebab tak tahan dengan anak2 bujang yang super lasak asyik naik main2 kat pelamin orang...watnye runtuh pelamin orang nak ke mampus mak ko...penat aku main kejar dgn anak2 yang buas giler maka terpaksa la aku angkat kaki dulu...

NEXT DESTINATION.........

Berkelah di HUlu Langat sebab dah dekat sekali jalan...Misi membawa budak2 mandi2....

Aku kan cam biasa r selalu cakap tak nak mandi and tak bawa baju extra sampai sana mesti kena mandi samada rela hati atau dipaksa...

dugong terdampar

Banyak Ikan and udang2...abg aku siap snorkeling lagi

Tempat provate sikit xde orang hanya 3 keluarga sahaja harini..

terdampar keletihan main kejar2 kat kenduri kawin gan aku tadi

Sungai terpelihara dari pencemaran xde longkang2 mengalir dari jamban rumah orang..

So memang suka lepak sungai port kat sini sebab air sungai confirm tak tercemar dari bahan sisa buangan rumah2 orang di samping tak ramai yang tahu..Selalu berkelah kat sini..NAma tempat xde yang tahu kena masuk ada signbord tulis Lembah Pongsun..





Thursday 26 February 2015

Jalan-jalan cari New Balance

Semalam aku ponteng keje punca hubby aku lah mengasut suh xyah pergi kerja nak ajak tengok wayang citer Suamiku perfect 10..kalau setan laki aku memang kuat la sebab aku selalu tewas...
Akhirnye wechat kat HR cakap EL...

Ok memang kena ko aku kerjakan hari tu dari pagi sampai ke malam merayap dari Kl ke Sunway aku buli suh laki aku carik kasut new balance yang aku suka tu...penat doh kat KL xde pergi Sunway Pyramid pun xde design yang aku suka,pergi lagi SS14 kedai warehouse besar giler pun xde design yang aku suka...

Aku ni tak pernah suka pakai sport shoes la ni dah ada 2 anak umur pun da tua lak tertiba nak sport shoes2 lak da cam remaja lak..ntah r tetiba jer...

K 1st place xdo 


Muka dah bosan mencari
1st rasa kereta masuk lif nak ker park


Dah perut pun lapar hubb ajak g makan asam pedas sedap gilo kat kampung baru...tapi aku lupa nama restaurant tu...Set asam pedas ikan kari siap nasi hanya RM8 jer...murah2 tak cam kat PD aritu RM21 ikan merah set gan nasi bapak cekik darah da tu xsedap lak tu..Cam2 ada yang best2 restaurant pun besar and selesa.


Makan2 dahulu

Menu yang best2



aku order ni

Asam Pedas terbaik dan termurah di KL

panorama KL view



Dah makan2 jalan kat Plaza Kenanga kot2 ada jual kasut tu ker tapi hampeh banyak barang pakaian wanita...aku sempat rembat speak Rayban tak ori RM25 percuma 1...Dengan lipstick Kiss proff yang tahan 24 jam...best gak kat sini macam2 product hot seller online ada jual.Pastu gerak g sunway pyramid bajet nak tengok Suamiku perfect 10...laki aku tahu2 jer yang aku ni minat habis kat si Aaron sanggup nak bawa aku g tengok jejaka idaman aku tu...tapi sayang cerita tu dah xde kat wayang lambat sangat....


pose2 dulu ambik mood

   


Kat bawah diantara kegilaan ku terhadap kasut New Balance...penat cari kat butik dia pun ada tapi yang aku suka tu pig skin...awas aku dah pegang2 tak perasan lak pig skin nasib dia dah balut pakai plastic....K berhati2 yea sebab New Balance ada yang guna kan Pig Skin tau....

nak sejibik camni







Kot dah lama tak perkena Sushi...Laki aku lak teringin....jom jer la nanti merajuk aku ni tak 100 persen lapar dat y tak excited sikit..Kali ni dia demand sikit nak makan kat Sakae Sushi selalu Sushi King jer..

batak sekejap sebab order tru ipad

r u already with soya sos n wasabi

ushar2 yang mana berkenan di hati

aku memang selalu pilih ni pastu nak makan susah
mesti berkecai semua

chesse chiken xbest sangat
aku nak try ni lak soap chewanmoshi

Honey Lemon dia sedap coz sweet banyak honey


Time tu cari2 kasut Idaman......



Suka yang ni tapi xde kaler hitam

suka yang ni tapi bukan new balance brand
penat dah cari last dapat yang ni....
kebetulan  pergi pasar malam ada orang jual bundle
disebabkan masih cun baru lagi original terus angkat walaupun tak suka sgt kaler pink....bundle pun ori babe...

 OK puashati dapat juga walaupun tak suka 100% xpe nanti cari gak design yang aku suka tu...Sedap lol pakai selesa ringan melantun bila berjalan....puashati walaupun bundle tapi conditon tiptop like newtak percaya cuba cium kasut tu ada bau kedai lagi..hahah.. lagi dapat jimat banyak....


Sekian terima kasih...hati dah gembira dalam sedih coz harini duit banyak melayang tapi dapat shopping.















Wednesday 25 February 2015

Mandi2 sungai lak...

Hubby aku ni malas lagi nak pergi kerja lagi ajak g mandi2 sungai lak...Kalau aku tahu boleh rancang pergi jauh2 sikit dari 1st cuti tu...eeeiiii spoil betul...nak mandi sungai kat selangor semua aku dah redahhh naik muntah darah lak tengok2 sungai kat selangor...jangan mengada nak ajak aku pergi gabai ker,congkak ker,ulu yam ker,semua aku dah menyampah tengok...

So masterplan aku,terus decide suh suami g Kalumpang sebab belum pernah seumur hidup jejak kaki kat sana...Ok not bad agak jauh sikit tapi ok lah memandangkan tak pernah pergi layankan jer...laki aku pun ajak kawan dia pergi.

Sampai sana first entry adult will be charge RM8 and Child RM5 kat Havana...Not bad agak mahal gak...tapi tempat cantik bersih,toilet banyak dan bersih..Yang tak best takde food stalll banyak datang bekelah bawa makanan sendiri and wat ikan bakar...Kat sini pun ada resort untuk di sewa tak silap kat Kalumpang resort whole resort yang boleh pack 40 kepala siap swimming pool harga dalam RM1800...kalau wat family day pun ok...tapi aku lapar giler xde kedai makan2...

ada tapak2 untuk perkhemahan

sungai dia best gak ada part dalam ada part cetek

Sungai2 cam kolam

Ni air panas,Kampung Kerling

K la not bad la..
So pada aku kalau sungai semua sama jer bentuk dan rupa dia yang beza jarak jer...kat selangor xde nye sungai warna biru kehijauan semua air jernih coklat...Air sungai confirm2 lah sejuk macam ais segar...tapi anak punya pasal kena gak bawa dorg g mandi sekali sekali walaupun aku ni dah naik jemu tengok benda yang sama....

Getaway yang tak di rancang.

K CNY pun cuti dah start tapi tak plan nak holiday mana2 because my hubby cuti pendek.
Tapo laki aku ajak g PD jer paling dekat...Malam sebelum tu hubby ajak check in mana2 hotel kat KL dulu...keesokan hari baru g PD

Happy face dapat tengok ikan

Lagi happy dapat makan besar

Sumpah sedap and murah

telur goreng tak dapat di tinggalkan

daya penarik budak2 suka sangat

OTw to PD

anak2 yang dah tak sabar nak tengok pantai

Budak lasak tak duduk diam



budak nerdy

.ok hari jer boleh tibai minum ais..
besok 'NO'

makan2 sebelum nak berendam nanti

sumpah kesal beli asam pedas kat sini dah la tak sedap,mahal tunggu lama..
Last k .

ok korang mandi r puas2

hummp dgn tak bawa seluar mandi bila beli
size besar xtau berbogel la korang..


 Ok mulanye memang aku tak nak mandi sebab malas nak tukar baju malas nak masuk tandas awam..Tapi hubby aku suh gak mandi...pas dah mandi toilet lak xde air...adoooii dah la air laut ni meleket...puas cari toilet and at the same time nak check in hotel jer tapi most ogf hotel dah fully booked yelah CNY kan..nasib dapat tumpang mandi kat satu hotel ni..FOC...disebabkan toilet mahal nak mampus sorang kena caj RM2 tu tapi air xde terus tergesa gerak sampai lupa nak ambik floatboat tu dah tertinggal...aduhhh sayang da susah nak dapat mana tau nanti nak mandi2 boleh guna lagi...dorang suka duduk atas tu bila da sejuk mandi.huaaa... kesal tak berakhir..