Thursday 28 November 2013

Aiman kena tahan hospital

bulan ni memang bulan hospital sedunia..apa tak nya bulan ni jer da berape kali anak aku kena g hospital ayooo...

k first anak2 aku memang dapat virus dari aku batuk2 then berjangkit kat Anaqi Jumaat 2 minggu lalu dah bawa g klinik kena bagi sedut oksigen tu pastu Aiman lak demam tapi tak bawa klinik juz bagi ubat jer tgk da 3 hari still tak ok then batuk2 teruk hari selasa tu terus bawa si Aiman pergi klinik pastu klinik pun sama bagi sedut oksigen tu 2 kali and ambik darah tapi result darah ok tak de jangkitan kuman so doctor suh refer hospital lak..so cam biasa hospital feveret Hospital Serdang tapi perghh nak menunggu nya ramai orang lak plak anak lak jenis sakit tapi xreti dok diam penat makcik kena monitor dia wahhh tak sanggup..So result siap kena xray bagai pun doc kata xde apa2 juz bagi ubat antibiotik,multivitamin and ubat demam jer..

Hari Rabu lak pas aku blik keje mak aku cakap Aiman muntah2 and cirit birit non stop so my auntie nak bawa g hospital check up...adoiii dah lah baru penat giler makcik lak bawa g hospital kl Anaqi pun nak kena check juga sebab batuk tak hilang lagi.Perghh lama giler tunggu time anaqi punye check out yang dia coz baby so kena check kat bahagian kecemasan agak lama sikit la..

Si Aiman plak dah lembik check kat Klinik Biasa tu doc juz bagi sedut gas and bagi ubat jer.Anaqi pun sama so ok just bagi sedut gas jer..

Hari Jumaat Si Aiman muntah2 so bawa g perisa kat dewan kecemasan then dia kena admitted ward lak balik keje terus rush pergi hospital..Kesian dia kena cucuk masuk air coz tak makan,muntah and cirit birit.1st day dok hospital dia sangat lemah tidur aje aku lak asyik kena bangun tukar pampes dia coz dia cery bery second day dah sihat asyik nak pergi playground  jer melalak bila ke duduk kat katil and 3rd days nampak sihat tapi dia banyak tidur ajer tak sabar nak tunggu result samada boleh keluar or tak...hummp tgk petang dah boleh keluar bukan apa aku dah tak sanggup nak duk hospital dia sebab anak aku meregek kebosanan..

Dengan tersenyum keriangan bila dapat discaj tapi.....balik rumah Anaqi lak demam and Aiman still looked weak la plak..humpp nampak gaya nya besok kena cuti lak coz nak monitor Anaqi and Aiman.

Maka hari ni mereka hari selesa aku lihat both o them dah nampak healty liked before..So senang hati aku..
So after this thinking to get insurance from both of them....






Wednesday 20 November 2013

Nak gaji besar kerja sedikit

Aku rasa macam gaji aku sekarang macam low la plak tak cukup ma...
dulu nak sangat gaji camni..bila dah dapat nak lagi up..
Aduh manusia memang tak pernah cukup...
K nampak macam aku perlukan lebih dari sekarang pula...
pasti la tak cukup commitment gan loan pun dah 1k+ jagaan anak Rm600 + makan/minum + shopping + saving....so i need more and more...

HUHU rasa nya macam kena look for another job wif salary more than 2.5k..hahah boleh dapat ker??
pasti la boleh insyallah...k time to look job try and try sampai dapat wish me luck yea..aritu dah dapat kat public bank starting 2.5k to 3k tapi bodoh tak pergi...skrg dah meyesal..menyesal ker pasti la tak..bcoz menang tak la aku manusia bodoh yang mng tak nak keje dengan bank..

Macam tak sangka la!! dah ada 2 anak

Aku pelik la ramai sangat tak pecaya yang aku dah kahwin and ada 2 anak..Aku rasa setiap kali aku kenal orang baru mesti dorang terkejut and tak percaya..Paling kelakar ada yang cakap la ingat kan baru 19 tahun kakak rupanya.Ada yang tiba2 gelarkan diri kakak padahal aku lagi tua dari dorang.Bila bagitahu umur sebenar aku yang lagi tua dari dorang pun dorang tak boleh nak panggil aku title 'kak' ker terus panggil jer nama aje kata dorang tak sesuai lak..aku tak kisah pun walaupun title 'kak' lebih menunjukkan yang dorang respect gan aku tapi aku lak rasa cam janggal lak kalau kawan2 rapat nak panggil title 'kak' tu.Tak kira la bangsa apa pun cina ke india ker mereka sangat tak percaya and cakap kahwin muda ker?maner ada muda 25 ma kawan2 baya saya anak dah nak sekolah tadika..

Memang dari dulu kot orang agak tak pecaya gan umur sebenar aku,ingat lagi time muda umur i da 21 setiap kali nak masuk club mesti kena tunjuk ic peghh bosan cam i ni budak bawah umur diperlakukan begitu bosan je ..padahal kawan aku yang lagi muda dari aku xpayah nak mintak ic..cilako..malu i tahu (ingat lagi time remaja penampilan semuanya nak nampak dewasa la kunonnye nak pakwe pun yang stok tua2 20an padahal umur baru belasan)..tuu la realitynya.aku pun herans pun tapi sukas pun padahal nak tengok cermin pun seram coz rasa muka aku dah mengalami proses penuaan kulit pun da tak flawless,kusam argghh

Ada kakak clearner tu panggil aku "adik" bila berborak tanya umur lorh sebaya upanye..apesal nampak ko lagi tua dari aku?lagi pulak ada plak lelaki antar barang kat office aku bajet nak ngorat bila aku cakap aku dah kahwin tak pecaya lak...push2 minta no.tel..katanya nak berkawan...hissss tak suka orang macamni cam desprate sangat.

 mungkin coz aku ni orangnya kecik molek size badan slim melim rupa lak tak seberapa matang..lagi pulak perangai dah macam kanak2 ribena jadi..

Nak tahu apa rahsia awet muda!!!! hahha xde rahsia aku mng langsung tak pakai apa2 product kecantikkan atau slimming product hanya tahu pakai pencuci muka jenama gervene pakai 2 kali sehari jer and bedak compact powder yang pakai  1 x kali selama 9 jam waktu bekerja..lain2 pakai eye brown,lipstick 1 kali sehari and eyeliner..tu jerla rahsia aku.

aku memang totaly tak pakai apa2 aura white ker,vitamin c ker,product rania ker natasya ker or whatever..Tapi tengah terfikir nak pakai in future becoz umur makin tua perlu juga ambil berat tentang penjagaan kulit wajah bukan saja di muka malah di dalaman juga...tapi tak tahu nak guna product apa???coz takut juga nanti tersalah pakai product habis hancur muka aku..

Sugggest apa product best???? ingat nak try etude house

riang ria bersama anak2




Sunday 10 November 2013

Pre Birthday Boy

Last friday my baby Aiman besday yang ke 2 tahun..huhu cepat aje masa berlalu.tapi sedih tak dapat celebrate his besday sebab bulan ni nak pakai banyak duit dapat gaji aritu Rm700 dah bayar untuk babysitter n banyak lagi nak guna duit untuk bulan ni jadi dukacita tak dapat sambut besday dia...hehe tapi tak apa mama tetap nak sambut juga besday dia mungkin hujung bulan buat celebration party to him insyallah...

So demi nak dia happy coz besday dia yang ke 2..ayah plan nak beli kek gak untuk makan saje2..disebabkan tak de buat tempahan kek untuk design cartoon so tak nak beli yang design kek biasa maka terpaksa lah beli mini kek yang decoration peguin madagascar tu..comel2..
Ingat nak beli present kat dia tapi tak sempat so juz beli frame colouring untuk dia..saje nak tengok hasil kretiviti dia..last2....abiss...

Comel tak ni kek jelly

sebenarnya di bukan heran dgn kek tapi heran dgn lilin tu

tengok hasil kreativity

hiss macam pelik jer macam pelik jer

si bulot pun nak kek gak

org suruh ambil topi penguin tu suh mkn
 dia pergi letak kat kepala dia..

ni lah dia hasil tangan dia
hancusss..

Last2 abis lantai ke color

cak oki pun nak interframe



Apa terjadi sekiranya surat pos biasa tidak sampai.?

Aduhh surat yang di hantar kat Kota Kinabalu tak reiceve lagi la..macam mane ni hah??dah la ada beberapa keping cek..aduh semua salah dia( satu olang staff account) coz dia yang suruh aku pos kan pakai normal pos by use setem..time tu aku pun wondering..why ha use normal pos? its normally using courier services lol..tapi tak wonder la sebenarnya aku pernah juga recieve cek dari normal mail..aku tak sempat nak question dia hari itu masa yang di suruh sebab tengah ada kerja lain nak buat.So just ikut jer masuk dalam sampul tulis alamat,letak setem then terus drop kat mailbox..

But until now company aku kat Sabah tu tak recieve lagi..aku gak yang kena dipersoalkan..mana i tahu i just follow aje apa yang orang suruh dia lagi la dah lama kerja suppose lebih pengalaman dari aku and tahu apa yang sepatutnya perlu dibuat lol..kelakar umur dia dah baya mak cik aku kot lagi plak dia ada experince pasal nak sent cek ni macam mane..kalau aku memang sah lah tak tahu menahu urusan-urusan cek ni nak hantar macam mana.aku bukan accountant.

Kan dah naya lagi2 plak boss China aku tu plak asyik suh call pos office tanya status camner..Aduii ni normal pos ma susah nak trace..So aku yang penuh dengan kesabaran dan sedikit usaha pun terus mengcall pos office and tell all the story.Nasib baik la customer services pos office yang aku dapat tu baik hati tak macam yang before aku call langsung tak nak care pasal problem aku tu.Dia pun bagi option suruh call bahagian postcode 88400 Pos Office besar KK no tel 088-210855,aku pun call la then dia bagi lagi kat no.tel 088-217029 kat bahagian serahan,dan aku pun call so nama dia En Khani supervisor situ minta alamat maka aku pun beri tengok alamat macam tak berapa lengkat because no unit no.dia cakap biasanya kalau alamat tak lengkap pihak pos akan return kepada sender mengikut alamat yang tertera di sampul if" ada".Ada sesetengah sampul kan hanya kosong tak ada alamat pengirim maka surat akan di hantar ke bahagian dead letter iaitu surat akan di lupuskan...huhuhu sungguh tragis nasib si surat! if xde penerimanya.

Aku pun cakap boleh check tak sama ada surat aku atas nama company tu and alama?t together sama ada dah recieve ke belum.so En Khani tu cakap dia akan check dan hubungi aku...husss dalam hati YAllah mohon surat tu dapat di trace amin..kalau tak rupa nya macam aku punya salah jer..walau aku ni hanya penerima arahan.eeii kecoh la apa kata ko call jer bank minta dia cancel kan issue atas cek tersebut kalau takut something bad happened then buat cek baru..kan dah easy...

So after a weeks i call back pos office then customer services tu cakap normaly if alamat tak lengkap dorang akan return ke alamat yang tertera kat sampul dalam 2 weeks if tak ada alamat surat akan di hapuskan..

So aku pun tunggu check mailbox surat itu di returned kan balik..yeahh so happy then aku pun pas tu my account people then dorang suh sent by courier..