Tuesday 17 March 2015

Babies Blink macam serupa jer dengan Collagen Plus Vitamin E

Kali ni nak cerita sikit pasal pendapat aku tentang satu product skincare yang now tengah femes putih dalam masa 7 hari dan kesan seawal 24 jam iaitu Babies Blink 5 in 1 yang pengasas dia Lyanaz.
Memandang harga dan testimoni dia giler gempak boleh flawlesskan ,gebu serta putihkan  kulit disamping confirm selamat tak ada bahan mercury serta ada KKM maka aku pun terpengaruh la nak try...yelah memang time aku tgh sibuk2 dok cari skincare untuk kulit muka so survey punya survey fikir punya fikir masa tu ada gak search kat google pasal apa2 yang bad review pasal product ni tp time tu dalam last years December 2014 product pun baru lagi nak up so memang xde r bad2 review dari pengguna BB.So aku pun just try and error.

After beli n guna masa tu dalam december 2014.First time guna toner after cuci muka sumpah berangin nak mampus sampai pedih2 muka tapi nak cantik sgt kan ku teruskan jua setiap hari 2 kali siang n malam selama sebulan...wow hasilnye setelah masuk minggu ke 2...memang flawless gak lah kulit sebab ramai orang tertanya pakai apa...sampai kakak n sepupu serta member office pun teruja and order satu...laki aku siap cakap kulit awak dah licin la...kalau dulu nak keluar kena tempek compact powder now serius ak just apply day cream dia jer sebab dah ok sangat cam pakai bedak...Best giler time tu rasa kulit licin jer cerah jerawat pun xde..rasa cam suka sangat dengan BB ni and proud dengan Datin Lyanaz tu sebab mampu keluarkan product yang mampu milik dengan hasil yang memuaskan...

Tapi after sebulan itu aku stop pakai sebab dah nak abis set pertama aku so otw nak tunggu beli set baru...After stop tak sampai beberapa hari,ambik ko keluar semua atok nenek jerawat berpesta kat muka aku...masa tu masih positif thinking sebab ala maybe di sebabkan hormon berubah kot so aku pun just continue pakai la kan set baru aku tu....amboiii ko lagi pakai lagi havoc jerawat abis keluar semua cucu cicit,nenek moyang keluar sampai ke tepi2 dagu aku jerawat timbul..So aku pun decide stop sekejap dari memakai apa2 jua chemical product kat muka...

Tapi lama gak aku tunggu bila la jerawat aku nak pulih ni dah hampir sebulan tak elok2 lagi jerawat makin banyak bernanah jerawat pasir habis timbul...so terus decided tak nak guna terus product tu maybe product tu tak sesuai dengan kulit aku kot...tapi before aku decide nak stop aku ada pm kat FB Lyanaz tu tanya pendapat dia samada nak teruskan continue or better stop or apa2 advise...tapi x reply lak agak kecewa di situ sebab customer  concern and still nak pakai lagi..xpelah maybe dia sibuk dengan urusan nak promote product dia jer kan and malas nak care pasal isu2 cam aku ni.

Aku cam tak berapa puashati terus google lagi nak review pasal product ni maka terjumpa la aku kat satu blog ni http://duniasaya2001.blogspot.com/2014/04/babies-blink-pinkish-bahaya.html kalau baca kat part comment tu banyak pengguna yang alami masalah yang sama cam apa yang aku alami.

Paling ketara la aku rasa Babies Blink ni sumpah sama macam product Collagen Plus Vitamin E dari segi struktur, warna day and night Cream dia termasuklah bau dia...Aku cakap camtu sebab kebetulan cousin aku pernah pakai CPVE ni so aku pun try r comparekan betul ker tidak...serius sumpah memang sebijik 100%...ini bermakna BB macam re branding dari product CPVE la kan  tak tahu betul or tak cuma pendapat aku la kan xnak lah tuduh yang tak berasas ataupun maybe Lyanaz pun tak tahu agaknye product dia seakan CPVE tu  sebab sumpah sama giler tak tipu...tapi aku tak tahu la if CPVE cousin aku tu product dia ori ker tak or BB aku yang tak ori..tu aku tak tahu la kan.aku sendiri yang yakin punya ori sebab ada hologram and tengok warna cream aku sama jer cam ori.

Yang kecil product BB
Yang Besar product CPVE dengan mengguna camera I phone 5 tanpa flash

yang ni pun sama kecil BB botol besar CPVE dengan mengguna I phone 5 dgn flash


So sama kan kaler dia...apatah lagi bau 100 % sama gak...Ok sumpah photo dan product di atas adalah benar yang kecil dari BB dan yang besar dari CPVE aku tak nak wat dosa kering wat fitnah letak product lain.Apa yang aku tulis ni hanya la pandangan aku sahaja..kalau benar la apa yang aku cakap pada aku sangat la tak bagus dengan mengambil product orang lain then just repack and rebranding dengan nama product sendiri tapi disebabkan marketing dan promote kaw2 dgn ayat serta testimoni yang power terus product tu jadi meletups then ramai orang teruja nak try dengan bukan hasil dari ciptaan sendiri.Boleh nak wat camtu ramai jer peniagaan wat camtu tapi just make sure product adalah product yang bagus berkualiti dan selamat digunakan.Jangan la pulak ambik dari product yang dikatakan berbahaya.Ada juga dengar desas desus mengatakan product CPVE ini berbahaya.sangat tak bagus umpama seperti menipu orang sebab kesian kat cousin aku tu before dia pakai CPVE muka teruk rosak then tukar plak BB tengok sebijik sama gak cam beli benda yang sama...tak ke naya camtu..umpama keluar kandang harimau termasuk kandang harimau balik..

Aku tak kata product BB tak bagus sebab kakak aku still pakai product ni and nak masuk set kedua tapi sebabkan at the same times kakak aku tgh consume K-Kolly so aku tak dapat detect lagi la if product BB serasi or tak dengan dia so tunggu jer camner result dia lagi afew months.Setiap orang kulit berbeza2 ada yang guna ok dan ada yang guna tak ok...betul tak...contoh SKII nampak sangat bagus mahal tapi tak semua orang ok menggunakannya...Lain orang lain kesannya.Tapi tak per sekiranya product bagus insyallah tetap akan mendapat sambutan yang bagus dan berterusan.

Apa2 pun terpulang pada pandangan masing2 ni pandangan aku jer sebagai orang yang pernah menggunakan product tu n product memang tak sesuai dengan kulit aku n the main story ialah nak gtau product Babies Blink 5 in 1 seakan sama seperti product CPVE...tu jer...

Aku berharap sangat golongan bumiputera dapat menghasilkan product yang bagus berkualiti serta dapat memberikan kesan yang efektif dengan harga yang berpatutan dan juga mampu bertahan dalam marketing perniagaan sendiri.

Aku berbangga dengan Lyanaz muda lagi tapi dah berjaya hasilkan product sendiri lagi mampu membeli kereta mewah lambho dan sebagainya hasil dari usaha sendiri serta dapat pakai beg mahal2...aku berharap agar hasil kekayaan yang dia perolehi adalah daripada rezeki yang berkat dari penghasilkan product sangat bermaanfaat kepada semua orang.

Sekian...habis sudah luahan hati ini..








Wednesday 4 March 2015

Kenduri dan berkelah..

Assalammualaikum Semua Ku Ucapkan.....

Story last weekend yang lalu...
Saya dan keluarga kena pergi kenduri kahwin di Bandar Baru Sungai Long..Anak kawan mak saya berkahwin pada hari tersebut...makan2 nasi minyak mesti kena pergi sebab nak dapatkan gift door and nak rembat coklat banyak2 kat candy booth..n nak makan bubur kacang serta air cendol...
So suka pergi kenduri kahwin sebab macam2 boleh makan secara percuma tapi jangan lupa bagi duit salam or hadiah kepada pengantin..

mari la kita melayan pic2 orang yang kebulur tak breakfast terus serbu kenduri kawin orang pastu makan dengan pelahapnya...hanya aku jer makan dengan penuh sopan dan santun tetapi penuh kenafsuaan..


OTW ke Sungai Long



Pengantin Bersanding
Tengok semua makan tak pandang camera
candid jer la ntah sape2 janji ada muka family meyelit

 
Kurma mahal tu dia bg

horeyy dpt gift door as VIP sepecial


boleh wat balang kuih raya

Lepas dah kenyang tak tunggu lama terus cabut sebab tak tahan dengan anak2 bujang yang super lasak asyik naik main2 kat pelamin orang...watnye runtuh pelamin orang nak ke mampus mak ko...penat aku main kejar dgn anak2 yang buas giler maka terpaksa la aku angkat kaki dulu...

NEXT DESTINATION.........

Berkelah di HUlu Langat sebab dah dekat sekali jalan...Misi membawa budak2 mandi2....

Aku kan cam biasa r selalu cakap tak nak mandi and tak bawa baju extra sampai sana mesti kena mandi samada rela hati atau dipaksa...

dugong terdampar

Banyak Ikan and udang2...abg aku siap snorkeling lagi

Tempat provate sikit xde orang hanya 3 keluarga sahaja harini..

terdampar keletihan main kejar2 kat kenduri kawin gan aku tadi

Sungai terpelihara dari pencemaran xde longkang2 mengalir dari jamban rumah orang..

So memang suka lepak sungai port kat sini sebab air sungai confirm tak tercemar dari bahan sisa buangan rumah2 orang di samping tak ramai yang tahu..Selalu berkelah kat sini..NAma tempat xde yang tahu kena masuk ada signbord tulis Lembah Pongsun..